RTM perlu saring 3,000 proposal program tv - Utusan Malaysia

RTM perlu saring 3,000 proposal program tv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RTM sedang melakukan penambahbaikan berhubung prosedur operasi standard (SOP) pembekalan kandungan program televsiyen merangkumi dokumentari, majalah, rancangan bual biacara, program realiti serta animasi.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman berkata, pihaknya menerima hampir 3,000 kertas cadangan (proposal) dan tajuk yang perlu disaring mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Jelasnya, kelulusan itu juga berdasarkan jumlah jam keperluan siaran daripada saluran TV RTM serta melibatkan lantikan panel luar bagi memastikan keadilan dan ketelusan kepada semua pihak dalam proses penilaian.

“Perolehan itu melibatkan iklan yang disiarkan pada Disember tahun lalu hingga Januari tahun ini. Agar proses lebih telus dan lebih adil, RTM menjemput penilai luar untuk sama-sama menilai kertas cadangan yang diterima.

“Penilai luar terdiri daripada individu daripada pelbagai latar belakang yang faham tentang penerbitan kandungan. Ini mengambil masa.” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suhaimi mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli yang mendakwa ramai kru produksi tidak mempunyai kerja disebabkan kelewatan pengumuman senarai penerima projek yang layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya