Rosyam Nor nafi cucuk botoks, cuma tanam rambut - Utusan Malaysia

Rosyam Nor nafi cucuk botoks, cuma tanam rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan plastik dan suntikan botoks untuk kelihatan muda berbanding usianya.

Kata Rosyam, kaedah-kaedah tersebut, yang dianggap normal pada zaman sekarang, hanya akan memberi kesan negatif kepada mutu lakonannya.

“Saya tak perlu buat semua itu waima cucuk botoks sekalipun. Ia menghalang seorang pelakon menunjukkan reaksi muka ketika berlakon.

“Lagipun tindakan seperti itu ditegah dalam agama. Jadi, saya tak mahu buat sesuatu yang dilarang Islam.

“Biarlah wajah saya menampakkan kedut dan berusia,” katanya ketika ditemui sempena majlis Meet & Greet Usanita baru-baru ini.

Rosyam bagaimanapun mengakui ada menjalani rawatan untuk melebatkan rambutnya.

“Sebanyak 9000 helai semuanya menggunakan teknologi terkini. Selain itu saya hanya jaga pemakanan dan amalkan produk durian belanda untuk kekal sihat.

“Alhamdulillah pada usia 56 tahun saya mampu bergiat aktif, melakonkan babak aksi dan pergi ke lokasi penggambaran tanpa khidmat pembantu dan pemandu peribadi,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya