Remy Ishak jumpa juruterbang pesawat terhempas, Selasa lalu

Remy Ishak baru jumpa juruterbang pesawat terhempas, Selasa lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Remy Ishak memaklumkan dia baru berjumpa juruterbang yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, Selasa lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Remy turut memuat naik beberapa keping gambar semasa mengadakan pertemuan bersama Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan dan keluarganya di sebuah restoran.

“Takziah buat Shefa dan keluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya, Shefa di Mozers, Shah Alam,” tulisnya.

Remy turut memaklumkan dia mengetahui berita sedih itu selepas membuka WhatsApp, semalam.

“Saya sangat sedih apabila mendapat makluman mengenai berita ini Shefa.

“Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabb,” katanya.

Sekurang-kurangnya 10 warga tempatan dilaporkan maut dalam nahas sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.40 petang, semalam, di Persiaran Elmina, Seksyen U16, dekat sini.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Bagaimanapun, pesawat terbabit terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik sahaja mendapat kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya