Remaja sakit mental tikam adik sembilan tahun hingga maut

Remaja sakit mental tikam adik sembilan tahun hingga maut

SIMIUN LOMUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Seorang remaja lelaki yang disyaki menghidap penyakit mental menikam adiknya yang berusia sembilan tahun sehingga maut di sebuah rumah di Kampung Kinapulidan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa dipercayai maut akibat ditikam dengan sebilah pisau di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditikam abang kandungnya di bahagian perut semasa berada di bahagian ruang tamu rumah mereka.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar oleh jiran keluarga itu ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Ranau.

“Berdasarkan siasatan motif sebenar kejadian, pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental,” katanya dalam satu kenyataan.

Simiun berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya