REE: SPRM lihat keterangan baharu sebelum panggil Sanusi 

REE: SPRM lihat keterangan baharu sebelum panggil Sanusi 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan petunjuk baharu sebelum memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses merakam percakapan Muhammad Sanusi ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya melihat keterangan-keterangan baharu yang diperlukan. 

“Kes (REE) itu masih dalam siasatan pegawai penyiasat saya. Ia ditangguhkan (ambil keterangan) kerana kita sedang melihat jika ada keterangan-keterangan baharu diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 BIL. 2/2022 di Padang Kawad, Menara Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Sebelum ini, SPRM menahan tiga individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Selain itu, seramai 12 individu melibatkan pegawai MBI Kedah dan syarikat swasta yang terlibat dalam perlombongan REE itu telah dipanggil untuk dirakam percakapan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya