RASMI: Radhi Mat Din akhirnya tewaskan Mahfuz

RASMI: Radhi Mat Din akhirnya tewaskan Mahfuz

MUHAMMAD Radhi Mat Din (dua dari kanan) diangkat sebagai wakil rakyat baharu di DUN Alor Mengkudu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar tewas kepada pencabarnya, Muhammad Radhi Mat Din daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 10,104 undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu.

Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendapat 8,832 undi berbanding bekas kapten bola sepak Kedah tersebut yang memperoleh, 18,936 undi.

Ia merupakan kekalahan kedua kepada Mahfuz yang sebelum ini turut tewas teruk di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kemenangan itu secara tidak langsung menebus kekalahan Radhi yang pernah mencabar Mahfuz di kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU14.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Teh Swee Leong berjaya mengekalkan kerusi DUN Kota Darul Aman dengan majoriti 5,650 undi.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu mendapat 11,178 undi menewaskan pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN), Chuah See Seng (5,528) –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya