Rasmi: PH menang tipis, kekal Sungai Pelek

Rasmi: PH menang tipis, kekal Sungai Pelek

LWI Kian Keong ketika selesai mengundi. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Muka baharu mewakili Pakatan Harapan (PH), Lwi Kian Keong melakar kejutan apabila mengekalkan kerusi Sungai Pelek dimenangi blok itu namun dengan majoriti kecil.

Beliau meraih 17,7984 undi, mendahului Datuk Suhaimi Ghazali dari Perikatan Nasional (PN) dengan 16,526 undi dan wakil Bebas, Datuk Nageswaran Ravi yang cuma 230 undi.

Kemenangan kecil itu menyaksikan wakil DAP itu menang dengan hanya majoriti 1,458 undi berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 lalu mencatatkan 6,586 undi.

Kerusi N56 itu mempunyai sejumlah 47,335 pemilih dan kemenangan berkenaan ternyata di luar jangkaan apabila sepanjang kempen langsung tidak diberikan sebarang harapan.

Keputusan rasmi kerusi ini telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sungai Pelek, Muhammad Syah Osmin di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, malam ini.

Peratusan pengundian kerusi berkenaan kira-kira 73.39 peratus daripada keseluruhannya sejumlah 95 saluran dengan sebanyak 120 kertas undi ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kian Keong merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Sepang yang berkhidmat sejak 2009 manakala Suhaimi pula ialah Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Sepang.

Sungai Pelek sebelum ini disandang oleh wakil DAP, Ronnie Liu Tian Khiew yang pernah mencetuskan pelbagai isu kontroversi panas ketika dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.

Kawasan tersebut yang dibentuk SPR pada 1974, pernah menjadi ‘kubu’ Barisan Nasional (BN) antaranya ialah melalui wakil MCA, Liew Chee Khong ketika PRU ke-11 pada 2004. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya