RASMI: Baddrol Bakhtiar dapat 17,771 undi

RASMI: Baddrol Bakhtiar dapat 17,771 undi

BADDROL Bakhtiar (tengah) bersama ahli keluarganya selepas diumumkan menang di DUN Gurun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Tindakan Baddrol Bakhtiar meninggalkan bola sepak untuk menceburi politik berbaloi apabila menang selesa dengan majoriti 6,584 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun yang diumumkan malam ini.

Bekas kapten pasukan bola sepak Kedah dan Sabah itu memperolehi 17,771 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari yang mendapat 11,187 undi.

Pengumuman rasmi kemenangan Baddrol dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Akmal Azimi pada pukul 10.30 malam tadi.

Sementara itu, PN turut menang dua lagi kerusi DUN dalam Parlimen Jerai iaitu Sungai Limau dan Guar Chempedak apabila calon mereka menewaskan lawan masing-masing daripada PH dan Barisan Nasional (BN).

Penyandang DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Samat memperolehi 23,000 undi, manakala lawannya daripada PH, Siti Balkhis Hussain hanya memperolehi undi sebanyak 4,096 undi.

Bagi kerusi DUN Guar Chempedak, calon PN, Abdul Ghafar Saad menang bergaya apabila mencatat majoriti sebanyak 12,109 undi setelah beliau meraih 17,266 undi mengatasi calon BN, Abdul Paris Abdul Hamid yang mendapat 5,157 undi.

 Calon Bebas bagi kerusi itu, Ku Abdul Halim Ku Ismail hilang deposit apabila hanya memperolehi 176 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya