Rampasan kuasa di Gabon: Rakyat Malaysia selamat - Utusan Malaysia

Rampasan kuasa di Gabon: Rakyat Malaysia selamat

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua rakyat Malaysia di Gabon dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan rampasan kuasa tentera yang berlaku di negara tersebut.

Perkara ini disahkan Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja.

“Kesemua rakyat Malaysia di Gabon yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja berada dalam keadaan yang selamat susulan daripada pengumuman melalui media tempatan Gabon mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera di negara tersebut.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon,” katanya di dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan sebanyak 12 pegawai tentera Gabon muncul di kaca televisyen seluruh negara dan mengumumkan bahawa ia mengambil alih kuasa pemerintahan.

Kumpulan tentera tersebut turut dilaporkan membatalkan keputusan pilihan raya Sabtu lalu, yang menyaksikan Presiden Ali Bongo Ondimba diumumkan sebagai pemenang.

Melalui laporan Agensi Anadolu, Ali Bongo dikatakan berada ‘di bawah tahanan rumah’ bersama-sama dengan keluarga dan doktornya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya