Rakaman suara kokpit nahas pesawat di Elmina berjaya diperoleh

Rakaman suara kokpit nahas pesawat di Elmina jelas, akan dianalisa sebelum laporan dikeluarkan

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu berjaya diperoleh selepas komponen berkenaan dibuka dan dianalisis di sebuah makmal di Florida, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, secara keseluruhan rakaman suara daripada CVR tersebut adalah jelas terutama membabitkan 30 minit terakhir sebelum nahas berlaku.

“Data tersebut telah berjaya dimuat turun semalam di sebuah makmal di Florida (terutama) rakaman suara dalam pesawat pada 30 minit terakhir.

“Rakaman itu sudah dihantar melalui ‘safe emails’ semalam selepas ia diperolehi, namun pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) masih belum pulang dan berada di Amerika Syarikat susulan berlakunya ribut

“Rakaman itu sudah dihantar kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur untuk dianalisa bagi membolehkan siasatan dijalankan. Laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas insiden berlaku iaitu kira-kira dua minggu dari sekarang,” katanya menerusi sidang media di sini hari ini.

Pada 24 Ogos, media melaporkan pasukan BSKU dijadual memasuki makmal di Florida, Isnin ini bagi membuka dan menganalisis komponen kotak perakam suara kokpit (CVR) milik jet eksekutif yang terhempas di Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Anthony Loke berkata, pasukan itu dijadual berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pukul 7 petang bagi membawa CVR itu ke makmal pengilang peralatan asal (OEM) yang berada di Florida. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya