Putra 2.0 kembali, tawar laluan tarikan pelancong di Perlis - Utusan Malaysia

Putra 2.0 kembali, tawar laluan tarikan pelancong di Perlis

Perlis Ultra Marathon (Putra) 2.0 bakal kembali pada tahun ini menerusi penganjuran yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober depan.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis Ultra Marathon (Putra) 2.0 bakal kembali pada tahun ini menerusi penganjuran yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Oktober depan.

Kejohanan tersebut yang memasuki edisi kedua selepas penganjuran pada tahun 2019 lalu bakal menawarkan empat kategori untuk dipertandingkan pada kali ini.

Antara kategori yang ditawarkan itu adalah terdiri daripada larian pada jarak 75 kilometer, 50 kilometer, 27 kilometer dan 11 kilometer.

Selain itu, terdapat juga aktiviti Fun Walk dan Plogging membabitkan jarak 2.5 kilometer disediakan buat peserta bagi kejohanan Putra 2.0 kali ini.

Seramai 700 peserta disasarkan pada tahun ini termasuk membabitkan peserta dari luar negara seperti Poland, Indonesia, Singapura, Brunei, Norway.

Pengarah Putra 2.0, Ku Hasrin Ku Abd. Rahman berkata, apa yang lebih menarik, penganjuran pada kali ini turut membabitkan laluan yang menjadi tarikan pelancong di Perlis seperti kampung tradisi, sawah padi, gua batu kapur dan hutan simpan yang sememangnya membawa kelainan berbanding kebiasaan.

Di samping itu, katanya, peserta juga bakal disajikan dengan makanan popular di Perlis bersama persembahan muzik tradisional Perlis selepas mengikuti acara yang dipertandingkan itu.

Katanya, pelepasan peserta dan lokasi tamat larian juga akan bermula di Taman Negeri Wang Kelian yang merupakan taman negeri pertama di Malaysia.

“Malah, lokasi Taman Negeri Wang Kelian ini juga hanya terletak kira-kira satu kilometer dari sempadan Thailand,” katanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut berhubung pendaftaran kejohanan Putra 2.0, orang ramai boleh melayari pautan www.mep21-online.com atau menghubungi 019-4740729 (Ku Hasrin).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya