Pura-pura pelanggan sebelum ragut rantai emas

Pura-pura pelanggan sebelum ragut rantai emas

TANGKAP layar pembantu kedai kosmetik yang terjatuh selepas sebahagian rantai leher emasnya diragut seorang lelaki di premis kosmetik di Jalan Sekerat, Sungai Petani. Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah ragut rantai emas di sebuah kedai kosmetik di Jalan Sekerat, di sini pagi semalam.

Suspek dipercayai lelaki tempatan berusia 30-an yang berketinggian kira-kira 175 sentimeter dan berbadan gempal itu dicari selepas mangsa, seorang pembantu kedai berumur 31 tahun membuat laporan polis dua jam selepas kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi semasa mangsa berseorangan di dalam premis itu.

“Suspek memasuki premis itu sambil memakai topi keledar dan bertanyakan mengenai satu produk kecantikan kerana mahu membelinya.

“Ketika mangsa sedang memberi penerangan berkaitan produk itu, suspek tiba-tiba meragut rantai emasnya hingga menyebabkan wanita terjatuh kerana cuba melawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zaidy, bagaimanapun suspek hanya berjaya melarikan dua pertiga daripada keseluruhan rantai emas mangsa sebelum melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

“Selain rugi kira-kira RM3,000, mangsa turut mengalami kecederaan kecil di bahagian belakang lehernya akibat kejadian itu.

“Kita sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zaidy turut memohon kerjasama mereka yang menyaksikan  kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya