JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengepam keluar limpahan air kumbahan yang menghantui kira-kira 2,500 penghuni Pangsapuri Desa Melayu, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, kerja-kerja itu yang dijalankan pemaju perumahan tersebut dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan disegerakan, iaitu dalam minggu ini. “Dakwaan penduduk bahawa air kumbahan sudah melimpah dan menjejaskan kehidupan seharian mereka adalah berasas. Setelah meninjau sendiri keadaan di sini, saya dapati ia memang tidak boleh dibiarkan lebih lama. “Saya sudah berhubung dengan Pengarah JKR negeri dan Pengerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya