Promosi Tahun Melawat Perlis di Los Angeles

Promosi Tahun Melawat Perlis di Los Angeles

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika hadir pada majlis mempromosi Tahun Melawat Perlis 2024=2025 di Figueroa Street, Los Angeles, California, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMANGKU Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan promosi Perlis – The Undeniable Charm sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bersama para pemain industri pelancongan bagi pasaran Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin.

Seramai 28 wakil daripada kalangan agensi pelancongan, syarikat penerbangan, media dan pempengaruh di Los Angeles menghadiri sesi rangkaian industri yang diadakan di Figueroa Street, Los Angeles, California yang dianjurkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Los Angeles dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda berdua iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, yang disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan serta Naib Presiden Tourism Malaysia Los Angeles, Akbal Setia selaku tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya