Projek naik taraf Hospital Pontian RM150 juta bermula tahu depan

Projek naik taraf Hospital Pontian bernilai RM150 juta bermula tahu depan

ONN Hafiz Ghazi (dua, kiri) melepaskan konvoi sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Johor di Dataran Dewan Jubli Intan Pontian, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Projek menaik taraf Hospital Pontian bernilai RM150 juta akan bermula seawal tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek membina dua blok bangunan empat tingkat yang baharu itu membabit pertambahan 150 buah katil.

“Sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bajetnya supaya kita membesarkan dan naik taraf Hospital Pontian.

“Sebanyak RM500,000 telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk kita memulakan projek menaik taraf ini.

“Ini adalah sebagai ‘initial planning’ (perancangan awal) dan sebagainya dan insya-Allah pada tahun hadapan kita akan mula melaksanakan pembinaan Hospital Pontian melibatkan 150 katil dengan kos keseluruhan RM150 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Johor di Dataran Dewan Jubli Intan Pontian, di sini hari ini.

Dalam ucapan bajet Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM36.3 bilion untuk sektor kesihatan.

Melalui peruntukan ini juga, kerajaan akan memulakan kerja awalan untuk menaik taraf 26 hospital termasuk pembesaran Hospital Pontian yang sudah berusia hampir seabad.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, kerajaan negeri Johor turut akan menaik taraf Pasar Awam Pontian yang kini dalam keadaan uzur.

“Pasar Awam Pontian, kita tengok keadaan daif dan pasar sudah lama. Melalui bantuan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan I, Kerajaan Persekutuan dan juga pihak berkuasa tempatan akan gembleng tenaga untuk membina pasar awam baharu.

“Lokasinya berhampiran pasar borong iaitu di sebelah belakang pasar berkenaan. Projek ini juga akan bermula awal tahun depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya