PRN: Tak layan isu provokasi daripada fahaman takfiri - Faiz Fadzil - Utusan Malaysia

PRN: Tak layan isu provokasi daripada fahaman takfiri – Faiz Fadzil

CALON PH-BN kerusi DUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil (tiga dari kanan) ketika turun berkempen di sebuah pasar malam di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Beberapa isu provokasi yang timbul ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di Permatang Pasir baru-baru ini lahir daripada fahaman takfiri iaitu mengkafir dan menyesatkan kumpulan yang tidak sealiran dari segi pemikiran dengan pihak tertentu yang dibawa oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil mendakwa, fahaman tersebut bagaimanapun tidak wujud dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Dalam hal ini, kita hanya bersikap ‘cool’ (tenang) dan tidak melayan apa-apa provokasi yang mereka timbulkan.

“Kita ada pihak berkuasa untuk menyelesaikan apa-apa isu. Jadi, biar ‘depa’ (mereka) ambil tindakan yang sewajarnya. Kita ‘maintain’ (kekal) macam biasa. Tidak ada reaksi balas,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

CALON PH-BN kerusi DUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil ketika turun berkempen di sebuah pasar malam di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Kerusi Permatang Pasir antara kerusi DUN di Pulau Pinang yang dilaporkan ‘tidak sunyi’ daripada isu provokasi selepas aktiviti memacak dan memasang tiang bendera antara PH-BN dan PN terutamanya Pas di situ bertukar menjadi ‘perang mulut’ hingga mencetuskan pergaduhan.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz, 46, yang juga penyandang kerusi itu berkata, penerimaan pengundi di Permatang Pasir terhadap kerjasama PH-BN ketika ini cukup baik dan memberangsangkan.

“Tidak ada isu besar yang dibangkitkan kerana kita (PH) bergerak sekali dengan jentera UMNO dan BN. Insya-Allah, masyarakat akan lebih faham dan akan keluar mengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang baik,” kata Ahli majlis Pimpinan Parti Amanah Negera (Amanah) itu.

Jelas beliau, dalam tempoh sepenggal menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, banyak isu-isu setempat telah berjaya diselesaikan selain pembinaan dewan besar bernilai RM3.2 juta serta longkang-longkang baharu untuk menangani isu banjir kilat dan sebagainya.

Tambahnya, ketika ini, satu projek tebatan banjir dengan bantuan kerajaan negeri yang dianggarkan bernilai kira-kira RM13.2 juta di sekitar Permatang Rawa sedang dijalankan dan kesemua projek infrastruktur awam itu mendapat sokongan yang baik daripada semua pihak.

“Begitu juga dengan gelanggang serta kemudahan fasiliti sukan seperti gelanggang futsal dan bola keranjang.

“Kita akan ‘update’ (naik taraf) jika ada keperluan,” katanya yang berhasrat membawa lebih banyak projek prasarana awam ke Permatang Pasir untuk kemudahan masyarakat sekiranya terpilih buat kali kedua sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya