PRN: Suami isteri warga emas naik kerusi roda beriringan curi tumpuan - Utusan Malaysia

PRN: Suami isteri warga emas naik kerusi roda beriringan curi tumpuan

PASANGAN suami isteri, Mat Nordin Mat Aroff dan Noriah Saad menunjukkan jari masing-masing yang mempunyai kesan dakwat selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Sepasang suami isteri warga emas mencuri tumpuan apabila tiba secara beriringan ke pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu dengan berkerusi roda.

Mat Nordin Mat Aroff, 75, berkata, dia dan isterinya, Noriah Saad, 69, dihantar ke situ menggunakan kenderaan milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

“‘Depa mai’ (mereka datang) ambil kami kat rumah dalam pukul 9.30 pagi dan akan hantar kami pulang lepas (sebaik sahaja) kami habis (selesai mengundi).

“Anak-anak ada tapi depa mai ‘asing-asing’ (berasingan) sebab ada yang tempat mengundi pun tak sama. Dah ada kemudahan macam ni kami gunalah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mat Nordin yang tinggal di Kampung Datuk di sini berkata, meskipun berkerusi roda, mereka tetap bersemangat untuk keluar mengundi awal.

“Kami ada masalah saraf. Tapi, dia (isteri) kena dulu. Saya baru sahaja (kena). Kami juga sebenarnya boleh jalan lagi tapi dekat-dekat sahajalah.

“Tapi, kalau macam ni (datang mengundi) memang kena naik kerusi rodalah sebab tak tahan untuk berjalan lama (dan jauh),” ujar bapa kepada lima orang anak itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya