PRN: SPR keluar 103,197 undi pos

PRN: SPR keluar 103,197 undi pos

PENGELUARAN kertas undi pos itu dilaksanakan bermula 31 Julai lalu oleh petugas pilihan raya di kesemua 245 DUN)dan satu bahagian Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 103,197 kertas undi pos kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan Sabtu ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilaksanakan bermula 31 Julai lalu oleh petugas pilihan raya di kesemua 245 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu bahagian Parlimen.

“Bagi PRN, sebanyak 102,070 kertas undi pos dikeluarkan terdiri daripada 87,666 Kategori 1A melibatkan petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, polis, tentera serta petugas media.

“Selain itu, 7,972 undi pos bagi Kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara serta 4,705 Kategori 1C (agensi dan organisasi) dan 1,727 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, bagi PRK Kuala Terengganu pula, sebanyak 1,127 kertas undi pos dikeluarkan terdiri daripada 961 Kategori 1A, 77 undi pos bagi Kategori 1B, 71 Kategori 1C dan 18 PTH Luar Negara.

Menurut beliau, proses pengeluaran kertas undi pos tersebut dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon bertanding.

“SPR juga mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang Sabtu.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya