PRN: Sokong PN untuk selamatkan UMNO? - Utusan Malaysia

PRN: Sokong PN untuk selamatkan UMNO?

UMNO PN
ANNUAR Musa ketika berucap pada ceramah umum PN dekat Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan sebagai peluang terakhir ahli dan penyokong UMNO menyelamatkan parti itu iaitu memilih Perikatan Nasional (PN) pada 12 Ogos depan.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka perlu menyatakan sokongan dan itu hanya ada satu ruang untuk memulihkan UMNO iaitu menerusi referendum rakyat pada PRN ini.

“Ini menjadi peluang akhir ahli-ahli UMNO selamatkan parti itu dengan menyertai referendum rakyat biarpun terpaksa melihat UMNO kalah teruk.

“Jika UMNO terus diberi mandat dalam PRN enam negeri ini, saya bimbang parti itu akan terus menjadi alat kepada parti lain,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah umum di Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang baru-baru ini.

Pada 16 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada PN dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu pengkhianatan besar terhadap parti.

Bagaimanapun, Annuar memberitahu, tidak salah sekiranya ahli UMNO memberi sokongan kepada PN dalam PRN enam negeri.

“Kita akan sampai ke stesen sama dan ibarat kereta (dinaiki) rosak dan kita naik kereta lain dan sampai ke stesen dituju,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau masih mahukan UMNO, Annuar berkata, semua orang Melayu yang mengetahui sejarah politik menyayangi parti itu.

“UMNO berada pada landasan dan perjuangan yang betul 5etapi pemimpin ketika ini menjadikan parti itu tidak lagi dihormati.

“Jadi rakyat tidak boleh menunggu UMNO dsn saya dipecat. Bagaimana hendak baiki (parti)? Saya kena bersuara dan tidak boleh dicucuk hidung,” katanya yang kini menyertai Pas. 

Tambah beliau, Pas tidak pernah ‘mematikan’ UMNO namun berjuang mirip dengan dasar yang diperjuangkan.

“Pada saya, kedu-dua parti ada peranan masing-masing dan bila UMNO lemah, Pas wajib menjadi pengganti. Pas mesti mengambil obor-obor yang dicampakkan UMNO yang telah membuang obor-obor dan lari daripada tanggungjawab.

“Ia terutamanya di Selangor yang menyaksikan penyatuan pada tahap tertinggi dan mampu mengambil alih pentadbiran negeri. Saya yakin pengundi Selangor akan bersatu dan jika berubah di Selangor, maka berubahlah Putrajaya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya