PRN: Siapa pun menang, rakyat mahu aspek kebajikan, pembangunan dijaga - Utusan Malaysia

PRN: Siapa pun menang, rakyat mahu aspek kebajikan, pembangunan dijaga

Parti-parti politik memperhebatkan kempen masing-masing bagi meraih undi dalam tempoh 48 jam sebelum hari pengundian Sabtu ini. -UTUSAN/AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Rata-rata pengundi di negeri ini berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung Sabtu ini dapat mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang stabil dan kuat sekali gus mampu merangka dasar pembangunan serta ekonomi yang jelas.

Dalam masa sama, mereka turut berharap kerajaan negeri yang akan terbentuk selepas PRN itu dapat benar-benar memahami kebajikan rakyat terutama dalam mendepani kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Seorang pekerja kedai makanan, Ruhamah Ismail, 55, berkata, dia berharap lebih banyak kemudahan asas dapat disediakan oleh kerajaan negeri baharu nanti khususnya di kawasan luar bandar.

RUHAMAH ISMAIL

Dia yang tinggal di Telok Ayer Tawar, kawasan itu masih memerlukan banyak kemudahan asas seperti bank dan pejabat pos bagi memudahkan urusan seharian.

“Saya berharap sangat pemimpin akan datang ini akan lebih prihatin kepada kami sebagai rakyat. Macam kemudahan bank dan pejabat pos yang terletak di Bagan Luar iaitu di kawasan Bagan agak jauh kira-kira 10 kilometer.

“Kalau ada satu bank dan pejabat pos terletak di kawasan ini memang sudah melegakan. Malahan, penduduk dan pembangunan di Telok Ayer Tawar memang membangun dah. Ada kemudahan-kemudahan tersebut memang menepati sangat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga ikan, Lee Beng Lee, 66, berkata, dia berharap kerajaan negeri baharu nanti dapat meningkatkan bantuan kepada rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat.

LIM BENG LEE

Dalam masa sama, dia turut berharap isu seperti peningkatan harga barang dan keperluan asas yang naik mendadak dapat diatasi sekali gus mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian.

Dalam pada itu, bagi Norlela Ramli, 53, dia mengharapkan mana-mana wakil rakyat yang menang kelak akan menumpukan kepada aspek kebajikan rakyat dan pembangunan pendidikan secara menyeluruh.

NORLELA RAMLI

Dia yang berasal dari Kampung Setol, Permatang Buluh di DUN Sungai Dua itu berkata, sokongan berterusan dari aspek kebajikan dan pendidikan kepada rakyat dapat menjamin kecemerlangan dan kesejahteraan penduduk khususnya golongan B40.

“Tidak kiralah siapa menang, yang penting segala apa yang dijanjikan mereka pada PRN ini perlu ditunaikan kerana itu adalah amanah yang dipegang ,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya