PRN: Reezal Merican harap peratusan keluar mengundi lebih tinggi atau sama PRU-15 - Utusan Malaysia

PRN: Reezal Merican harap peratusan keluar mengundi lebih tinggi atau sama PRU-15

REEZAL Merican Naina Merican dan isteri bergambar bersama pengundi selepas selesai menjalankan tanggungjawab mengundi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Calon gabungan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap jumlah pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini lebih tinggi atau sekurang-kurangnya menyamai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu, seperti yang dinyatakan sebelum ini, wakil rakyat yang diberi mandat berdasarkan jumlah peratusan keluar mengundi yang ramai adalah wakil rakyat yang ‘tulen’.

“Agak malang kalau peratusan (yang keluar mengundi) itu rendah. Tentulah ia bukan satu ‘reflection’ (gambaran) yang betul.

“Jadi, saya mendoakan agar peratusan ini bertambah (sehingga pusat mengundi ditutup petang ini),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di pusat pengundian itu kita-kira pukul 9.50 pagi dengan ditemani isteri, Datin Seri Ismalina Ismail; anak, Reena Awliyatul Iman serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Reezal Merican yang pertama kali bertanding kerusi DUN akan mencabar penyandang kerusi itu daripada Perikatan Nasional (PN), Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dalam saingan satu lawan satu.

Pada PRU-14, Khaliq Mehtab daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi DUN itu dengan majoriti 219 undi selepas memperoleh 6,485 undi menewaskan calon BN, Shariful Azhar Othman yang mendapat 6,268 undi dan Mokhtar Ramli (Pas) dengan 2,986 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya