SEBERANG PERAI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, Dr. P. Ramasamy mengesahkan keluar daripada parti DAP berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Ramasamy yang juga Timbalan DAP Pulau Pinang berkata, beliau sudah menghantar surat keluar parti itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pukul 8.24 pagi ini serta kepada Pengerusi DAP negeri yang juga Ketua Menteri, seminit kemudian.
Berita lanjut menyusul. – UTUSAN