PRN: Rakyat Selangor akan 'knockout' PN esok - Anwar - Utusan Malaysia

PRN: Rakyat Selangor akan ‘knockout’ PN esok – Anwar

PN
ANWAR Ibrahim berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor itu dekat Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Selangor akan memberi ‘knockout’ kepada Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, keyakinan itu dilaungkan kerana Kerajaan Perpaduan memberi khidmat terbaik sejak lapan bulan lalu.

“Kalau tidak buat kerja bersungguh-sungguh, saya yang lama menjadi Ketua Pembangkang (sebelum membentuk kerajaan) bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan menteri tidak confident (yakin) cakap macam ini.

“Kita jaga setiap bidang, orang paling miskin dan semua sekolah Melayu, Tamil dan Cina termasuk tandas rosak dan bumbung pecah yang wajib segera dibaik pulih tahun ini.

“Mana Pas dan Bersatu masa kami perintah? Tak tahu ke sekolah anak-kita boleh biar dalam keadaan belajar macam itu?

Orang Selangor patut ajar mereka kali ini dengan beri knockout (kalah mati) kepada PN,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor di Bestari Jaya di sini, malam tadi.

Jelas Anwar, kerajaan sudah memperuntukkan RM1.4 bilion demi kebajikan sekolah-sekolah di negara ini.

“Duit kerajaan tidak banyak tapi kita cari juga (untuk baik pulih kerosakan sekolah),” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak memaksa majikan atau syarikat menggunakan mekanisme gaji minimum.

“Kita bercadang sediakan wang berjumlah RM2 bilion untuk menambah gaji itu guna duit kerajaan. Sebab apa boleh buat? Sebab kita tak sakau. Kamu boleh maki aku berbakul bakul tetapi aku tidak ambil duit kerajaan.

“Ya, saya pakai kapal terbang kerajaan. Takkan nak naik kapal terbang orang. Polis jaga? Itu tanggungjawab dia. Utusan rasmi dan tidak rasmi dia jaga. Keselamatan Perdana Menteri,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya