PRN: Proses undi di SK Seri Relau terhenti sementara - Utusan Malaysia

PRN: Proses undi di SK Seri Relau terhenti sementara

KEADAAN sebuah peti undi di pusat mengundi di SK Seri Relau, Pulau Pinang yang didakwa tidak ditutup dengan sempurna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi mendakwa sebuah peti undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau tidak ditutup dengan sempurna.

Andrew mendakwa, beliau melihat peti undi itu dalam keadaan demikian ketika sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

Katanya, disebabkan itu dia meminta proses mengundi di saluran berkenaan dihentikan buat sementara.

 

“Saya bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan insiden berkenaan.

“Saya juga akan membuat satu laporan polis berhubung kejadian ini kira-kira pukul 2.30 petang hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya