PRN: Preakas nyata komitmen selesai isu SMKKK 2 - Utusan Malaysia

PRN: Preakas nyata komitmen selesai isu SMKKK 2

SMKKK 2
S. Preakas (empat dari kiri) dalam sidang akhbar dekat Pusat Gerakan PH DUN Kota Kemuning, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning 2 (SMKKK 2) akan disemak dan akan dipastikan pelaksanaannya bagi kemudahan penduduk di situ.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.50 Kota Kemuning, S. Preakas berkata, beliau mengambil maklum isu tersebut dan akan menyemak perkembangannya dengan Kementerian Pendidikan (KPM) jika diberi mandat.

“Saya difahamkan ada tindakan undang-undang yang dibuat di antara pemaju sekolah dengan kerajaan. Jadi, saya perlu tahu status terbaharu tindakan tersebut supaya perkara itu diselesaikan secepat mungkin.

“Bagaimanapun, saya akan meneruskan perjuangan ini kerana memang diakui sekolah sedia ada sangat padat,” katanya pada sidang akhbar, baru-baru ini.

Utusan Malaysia pada April lalu melaporkan tuntutan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pembinaan SMKKK 2 yang meminta sekolah tersebut segera dibina, seperti dijanjikan sebelum ini.

Jawatankuasa tersebut mendakwa KPM pada tahun Disember 2018 mengutuskan surat kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya syarikat yang bertanggungjawab membina SMKKK 2 dibenarkan melakukan kerja-kerja pembinaannya.

Bagaimanapun, selepas itu, pihak UKAS dikatakan tidak memberikan sebarang jawapan berhubung status perkara tersebut kepada jawatankuasa berkenaan.

Oleh demikian, Preakas menyatakan komitmennya bagi meneruskan tugas-tugas yang ditinggalkan oleh ADUN Kota Kemuning sebelum ini, V. Ganabatirau sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini.

“Sepanjang 11 hari kempen, banyak isu yang dimaklumkan penduduk dalam kawasan DUN ini kepada saya seperti masalah banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan penimbunan sampah sarap.

“Saya akan mengemumakan beberapa cadangan kepada pihak berkaitan berhubung kesemua isu ini sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di sini,” ujar peguam itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya