PRN: Polis terima 16 laporan berkait khianat di Selangor

PRN: Polis terima 16 laporan berkait khianat di Selangor

HUSSEIN Omar Khan menyerahkan sijil anugerah penghargaan kepada sebahagian daripada 90 orang anggota Polis Bantuan Sime Darby ketika Majlis Perbarisan Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 16 laporan diterima Polis Selangor berhubung pelbagai kesalahan membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara aktiviti yang dikesan adalah perbuatan khianat seperti mengoyakkan poster dan lain-lain.

“Daripada jumlah laporan itu, kita (polis) membuka tujuh kertas siasatan.

“Laporan yang diterima membabitkan pelbagai kesalahan dengan kebanyakannya berkaitan kes khianat yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein menasihatkan semua pihak yang terbabit dalam pilihan raya supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, media melaporkan seramai 147 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN