PRN: PN terus kempen dengan provokasi, agresif - Mohd. Zaidi - Utusan Malaysia

PRN: PN terus kempen dengan provokasi, agresif – Mohd. Zaidi

MOHD. ZAIDI Mohd. Said (berbaju putih) dan Johari Kassim (tengah) ketika menghadiri program Santai Anak Muda Perpaduan N10 Seberang Jaya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Perikatan Nasional (PN) didakwa masih mengekalkan kempen bercorak provokasi dan agresif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini khususnya di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said mendakwa, ia susulan beberapa isu provokasi yang melibatkan parti itu sejak beberapa hari lalu.

Menurut Mohd. Zaidi, dalam kejadian di Permatang Pasir dua hari lalu, petugas-petugas calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, Faiz Fadzil telah dihalang memacak papan tanda di hadapan Balai Polis Penanti atas alasan bendera-bendera PN telah penuh di situ.

“Kemudian, pada sebelah malam di Taman Guar Perahu, ada kumpulan penyokong PN yang cuba memasang bendera di hadapan bilik gerakan utama PH walaupun di situ juga telah penuh dengan bendera sehingga berlaku beberapa insiden yang tidak baik.

“Hari ini (semalam) pula, di Pasar Malam Penanti, kita tengok bagaimana mereka memprovokasi lagi calon PH apabila enggan bersalam dan bertegur sapa. Ini benda yang tidak baik. Perkara ini juga berlaku kepada saudara Johari (calon PH DUN Seberang Jaya, Johari Kassim) hari ini (semalam),” katanya.

Mohd. Zaidi ditemui pemberita ketika menghadiri program Santai Anak Muda Perpaduan N10 Seberang Jaya di Bandar Perda di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, politik yang diamalkan oleh PN ketika ini boleh dianggap sebagai sangat ‘tidak cerdik’, tidak matang dan boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Penduduk Permatang Pauh perlu nampak benda ini dan mereka perlu sedar kita perlu tolak PN (pada PRN ini). Kalau kita pilih mereka, permusuhan dan perpecahan akan terus berlaku,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi menegaskan beliau tidak kecewa atau kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak diberikan kerusi DUN di Permatang Pauh pada PRN ini.

“Kita dah memperjuangkan prinsip kita. Keutamaan kita ialah rakyat perlu diberi kemenangan dan perlu dibela. Jadi, mana-mana calon yang boleh bantu untuk bela rakyat, kita akan sokong mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya