PRN: Peringatan 'masuk neraka kalau pergi kenduri UMNO' keterlaluan - Utusan Malaysia

PRN: Peringatan ‘masuk neraka kalau pergi kenduri UMNO’ keterlaluan

SHAIKH HUSSEIN Mydin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin menyifatkan peringatan seorang ‘ustaz’ yang mana pengundi akan masuk neraka sekiranya menyertai sebarang kenduri anjuran UMNO adalah keterlaluan.

Katanya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengundi setempat semasa menghadiri kenduri di kawasan yang ditandinginya di Sungai Dua baru-baru ini.

“Kenduri itu saya tak masak pun, orang kampung yang masak dan peliknya ini bukan berlaku di Kelantan, tetapi di Pulau Pinang iaitu di Sungai Dua.

“Bila ada `ustaz’ daripada Pas beritahu siapa makan kenduri Datuk Shaikh (Hussein) akan masuk neraka, saya memang terkejut, malah orang kampung pun marah.

“Tetapi saya beritahu penduduk, esok kita buat kenduri lagi besar dan kita bagi satu kampung makan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengundi terutamanya golongan muda sudah muak dengan retorik dan taktik politik yang menyentuh elemen kaum dan agama oleh Perikatan Nasional (PN).

“Kita yakin dapat buktikan kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan akan menerajui Malaysia untuk tempoh yang lama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya