PUTRAJAYA : Peratusan keluar mengundi awal bagi purata di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini merekodkan sekitar 17 peratus ke 23 peratus setakat pukul 9 pagi tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan undi awal tertinggi semasa adalah di Kelantan dengan 23 peratus, diikuti masing-masing 22 peratus di Kedah dan Pulau Pinang, manakala di Terengganu 20 peratus.
Negeri Sembilan pula mencatatkan 19 peratus dan Selangor 17 peratus.
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula merekodkan 16 peratus. – UTUSAN