PRN: Pengundi awal mula tunai tanggungjawab

PRN: Pengundi awal mula tunai tanggungjawab

SEORANG kanak-kanak menemani bapanya yang bertugas sebagai anggota tentera ketika proses pengundian awal PRN Kedah di Kem Lapangan Terbang, Sungai Layar di Sungai Petani. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Kedah bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi tadi membabitkan seramai 15,296 pengundi awal.

Sebanyak 27 pusat mengundi awal dibuka di seluruh negeri ini antaranya membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera dengan sejumlah 62 saluran disediakan.

Setakat pukul 10 pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 45 peratus pengundi awal di Kedah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing meliputi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan masing-masing.

Antara pusat mengundi awal yang diwartakan adalah IPK Kedah di Alor Setar; Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Langkawi; Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Petani dan Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) dan beberapa IPD serta kem-kem tentera. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya