PRN: Nurul tekad terus legasi Noh, bentuk Keluarga Tanjong Karang - Utusan Malaysia

PRN: Nurul tekad terus legasi Noh, bentuk Keluarga Tanjong Karang

Nurul
NURUL Syazwani Noh beramah mesra bersama penduduk dekat Permatang, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN), Nurul Syaz­wani Noh tekad meneruskan legasi bapanya dan membentuk Keluarga Tanjong Karang yang berteraskan pembangunan sosio ekonomi dan kebajikan rakyat.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu berkata, semangat dan dorongan kukuh Tan Sri Noh Omar menjadi aspirasi utama dirinya untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Jelas Nurul Syazwani, 35, bapanya yang menjadi Ahli Parlimen selama enam penggal sentiasa memfokuskan kebajikan rakyat tanpa mengira parti, agama dan kaum.

“Berbekalkan pengalaman dan komitmen itu, saya bertekad mahu meneruskan kesinambungan beliau bukan saja di Permatang malah di seluruh Tanjong Karang.

“Selain itu, saya mahu menyatukan semua rakyat termasuk generasi muda di bawah satu bumbung dan keluarga besar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Tambah Nurul, beliau menggunakan pendekatan berkempen secara sihat dan akan menyantuni semua pengundi kawasan itu.

DUN Permatang antara kerusi tumpuan apabila bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang itu bakal berdepan saingan Ketua Cabang PKR Tanjong Karang yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd. Yahya Mat Sahri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi itu dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya