KUALA SELANGOR: Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.09 Permatang selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Yahya Mat Sahri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang menang denganmajoriti 1,728 undi selepas mendapat undi 12,850 manakala Mohd. Yahya memperoleh 11,122 undi.
Kemenangan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang, Tirmidzy Che Mat di Institut Pengurusan Peladang, Sungai Kajang Tanjong Karang di sini, malam ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas). – UTUSAN