PRN: Manifesto PN bukan idea baharu - Pak Ya - Utusan Malaysia

PRN: Manifesto PN bukan idea baharu – Pak Ya

Manifesto
MOHD. Yahya Shari menyantuni penduduk di sekitar Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Manifesto Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat Selangor hanya sekadar ditokok tambah melibatkan amaun bantuan yang sudah diumumkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Mohd. Yahya Mat Sahri berkata, manifesto itu jelas dilihat bukannya merupakan satu idea asli atau baharu.

Menurut Ketua Cabang PKR Tanjong Karang itu, perkara berkenaan antaranya melibatkan amaun bantuan yang hanya ditambah sedikit daripada tawaran PH kepada rakyat.

“Sebagai contoh, Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Sari) sudah menyebut soal tambahan peluang pekerjaan dan insentif imam atau masjid dalam manifesto PH.

“Namun, PN pula dilihat hanya menambah jumlah bantuan itu sikit-sikit seperti tiada lagi idea baharu untuk ditawarkan mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini laporkan bantuan bulanan RM400 bagi pembelian barangan asas kepada 65,000 keluarga dan insentif RM500 kepada ibu bersalin di Selangor antara 112 tawaran dalam manifesto PN itu.

Manifesto bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ itu dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion.

Jelas Mohd. Yahya yang dikenali sebagai Pak Ya, manifesto itu sepatutnya membuat pengubahsuaian dan tambahan aspek lain.

“Mereka dilihat tidak mempunyai data lebih lengkap di Selangor dan ketandusan idea. Manifesto itu sama dengan PH dan hanya tambah jumlah amaun semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemerhatian pihaknya mendapati sokongan pengundi DUN Permatang amat positif sepanjang kempen yang kini memasuki hari kelapan.

“Ia hasil kerjasama padu dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang turut bersama membantu saya sejak awal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya