PRN: Mahdzir, isteri selesai mengundi di SK Naka

PRN: Mahdzir, isteri selesai mengundi di SK Naka

MAHDZIR Khalid bersama isteri, Noraini Abdullah menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN di SK Naka, Padang Terap. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka, pagi ini.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba pada pukul 9.25 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah dengan kedua-dua mereka mengenakan pakaian sedondon berwarna biru disulami merah.

Mahdzir ketika ditemui pemberita berkata, beliau berpuas hati dengan aturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap proses pengundian di situ.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden tidak diingini berlaku termasuk semasa tempoh berkempen. Dengan cuaca yang baik, pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini. Saluran mengundi untuk warga emas juga berada di tingkat bawah, sekali gus memudahkan mereka mengundi dan itu merupakan usaha yang baik oleh SPR,” katanya.

Mahdzir dilihat selesai menunaikan tanggungjawab tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi sebelum bergerak pulang bersama isterinya.

Pada PRN kali ini, beliau mencabar penyandang daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Radzi Md. Amin yang menang di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 670 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya