PRN: Lebih ramai pengundi atas pagar cenderung pilih BN-PH - Shaikh Hussein - Utusan Malaysia

PRN: Lebih ramai pengundi atas pagar cenderung pilih BN-PH – Shaikh Hussein

CALON BN-PH kerusi DUN Sungai Dua, Shaikh Hussein Mydin ketika berkempen bertemu pengundi di sekitar Sungai Dua, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MUKADIMAH

LATAR belakang sebagai seorang jurutera tidak menjadi halangan bagi calon gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Datuk Shaik Hussein Mydin aktif dalam bidang politik.

Sebaliknya, semangat beliau yang tinggi untuk membantu rakyat membolehkan beliau bertahan selama 35 tahun dalam politik khususnya bersama perjuangan UMNO.

Wartawan Utusan Malaysia, NORUL AKMA MOHD. ZAIN bertemu empat mata bersama figura politik tempatan yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang itu bagi berkongsi hala tuju dan hasrat yang ingin dibawa kepada rakyat sekiranya diberi mandat di DUN Sungai Dua, esok.

UTUSAN MALAYSIA: Dalam detik-detik terakhir berkempen, apa yang ingin disampaikan kepada pengundi?

SHAIKH HUSSEIN: Saya kini lebih fokuskan kepada anak-anak muda di bandar dan di kampung kerana melalui pengamatan kita, BN-PH mempunyai peluang yang baik untuk menang di kawasan Sungai Dua ini dengan sokongan golongan anak muda ini meskipun kita merupakan calon ‘underdog’ di sini.

Malah, saya juga ingin memberi fokus dan mendekati anak-anak muda universiti yang pulang bercuti dan mengundi untuk diterangkan akujanji BN-PH bagi memastikan mereka kali ini menyokong kita.

 

UTUSAN MALAYSIA: Setakat mana keyakinan untuk menang esok?

SHAIKH HUSSEIN: Masih sama (yakin menang). Kerjasama kami (BN-PH) sebenarnya lebih baik sekarang terutamanya di kawasan bandar, kawasan pekan-pekan Permatang Berangan dan di kawasan pekan di Sungai Dua, kita nampak kerjasama yang cukup baik.

Di kampung-kampung pula, penyokong-penyokong PH yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) pun sudah mula bersama-sama kita untuk terlibat dalam semua program kempen. Melalui pengamatan itu, saya yakin kita mempunyai peluang yang baik untuk memberikan cabaran kepada calon Perikatan Nasional (PN) di sini.

 

UTUSAN MALAYSIA: Apa pandangan terhadap sekumpulan rakyat khususnya golongan muda yang enggan mengundi esok kerana beranggapan Kerajaan Pusat tidak berubah?

SHAIKH HUSSEIN: Orang muda (rakyat) kena balik (mengundi). Mereka telah memerhati dan menilai prestasi wakil rakyat sejak lapan bulan lalu contohnya di Parimen Kepala Batas; Tasek Gelugor dan Permatang Pauh.

Daripada pengamatan kami, wakil rakyat tersebut tidak ‘perform’, jadi, orang muda (rakyat) tengah marah. Saya sangat berharap mereka balik mengundi dan memastikan DUN ini diberikan kepada calon BN-PH untuk memastikan empat tahun seterusnya nanti kita dapat memberikan saingan yang hebat kepada calon PN di Parlimen dan bersaing untuk membuat yang terbaik bagi penduduk di kawasan ini.

 

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana berdepan dengan rasa tidak puas hati pengundi Melayu selepas BN memilih bekerjasama dengan PH?

SHAIKH HUSSEIN: Mereka (orang Melayu) telahpun menghukum BN pada PRU-15, dan kami telah membuat keputusan untuk bersama dengan PH selepas itu. Tetapi, apakah hasil yang mereka (penyokong PN) ini dapat? Mereka tidak mendapat apa-apa hasil pun.

Tetapi kita juga jangan lupa kepada ‘silent voters’ (pengundi senyap). Mereka ini yang kita tahu masih diam dan sedang menilai. Kalau tengok balik media sosial TikTok PN sendiri pun sudah tidak sama gelombangnya seperti PRU-15. Kebanyakannya (penyokong PN) sudah menjadi ‘silent voters’ dan saya yakin mereka sedang menilai prestasi kerajaan PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersama BN dan menilai ahli-ahli Parlimen mereka di 74 kawasan yang mereka sudah menang.

 

UTUSAN MALAYSIA: Adakah BN yakin menguasai pengundi atas pagar yang bakal menjadi penentu kemenangan esok?

SHAIK HUSSEIN: Pengundi atas pagar juga sedang menilai. Lihat sendiri apa sudah jadi dengan gerakan media yang hebat masa PRU-15 terhadap PN? Mana mereka semua pergi? Sudah tidak nampak lagi pempengaruh yang sebelum ini hebat menyokong PN. Adakah mereka sudah tidak menyokong PN ataup mereka sudah jadi pengundi atas pagar?

Saya tidak pandang rendah kepada mereka ini kerana mereka boleh memberikan impak yang besar pada hari pengundian nanti. Mungkin mereka akan buat keputusan di saat-saat akhir dan dengan membuat keputusan yang tepat memilih BN-PH.

Sebab itu saya yakin keputusan PRN kali ini akan menunjukkan banyak perbezaan berbanding keputusan PRU-15. Sama-sama kita lihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya