GEORGE TOWN : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) -Barisan Nasional, Chow Kon Yeow mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota.
Pengerusi PH Pulau Pinang itu memperoleh undi sebanyak 7,523 meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng yang mendapat 1,079 undi.
Kon Yeow merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memperoleh 9,278 undi menewaskan Khoon Leng yang mendapat 1,470 undi. – UTUSAN