PRN: Jefri fokus fasiliti jalan raya, dewan rakyat DUN Ijok - Utusan Malaysia

PRN: Jefri fokus fasiliti jalan raya, dewan rakyat DUN Ijok

Ijok
JEFRI Mejan (tengah) bersama penyokong meraikan kemenangan beliau di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pempengaruh TikTok, Jefri Mejan mahu menumpukan isu penambahbaikan fasiliti jalan raya dan dewan orang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Selangor itu berkata, beliau bersyukur kerana dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu.

Jelas Jefri, suara rakyat Ijok akan menjadi keutamaan beliau sebagai wakil pembangkang yang kuat di negeri ini.

“Insya-Allah saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi khidmat sebaik mungkin kepada rakyat. Fokus utama saya meliputi pembangunan fasiliti terutama menambahbaik jalan raya dan dewan yang akan dilakukan secara berperingkat kelak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi N.11 Ijok dengan majoriti 907 undi, selepas memperoleh 12,178 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Amidi Abdul Manan (11,271 undi) dan calon Bebas, Tan Cat Keong (194 undi).

Tambah Jefri, beliau turut berterima kasih juga kepada semua jentera termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan yang membantu kempennya sebelum ini.

“Saya suda dua kali menyertai pilihan raya dan bersyukur kepada Allah kerana diberi kemenangan kali ini,” ujarnya.

Pada PRU14, beliau tewas kepada calon PH, Dr. Idris Ahmad dengan majoriti 2,114 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Turut tumbang, calon Barisan Nasional, K. Parthiban dan T. Kumaran dari Parti Rakyat Malaysia (PRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya