PETALING JAYA: Sebanyak empat negeri mencatatkan 10 peratus keluar mengundi seawal pukul 9 pagi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, hari ini.
Ia meliputi Kedah, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malah, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu turut mencatatkan 10 peratus jumlah keluar mengundi.
Ini diikuti Negeri Sembilan dengan sembilan peratus manakala Kelantan mencatatkan peratusan terendah dengan lapan peratus setakat ini. – UTUSAN