Tidak rasmi: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau ketinggalan lebih 1,700 undi kepada calon gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.
Setakat pukul 8.30 malam ini, Dominic yang juga Presiden Gerakan memperoleh 13,626 undi berbanding lawannya, Azrul Mahahtir Aziz yang memperoleh 15,410 undi. – UTUSAN