PRN: DAP Pulau Pinang kesal tindakan bekas ADUN burukkan parti - Utusan Malaysia

PRN: DAP Pulau Pinang kesal tindakan bekas ADUN burukkan parti

JASON H'NG MOOI LYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang kesal dengan tindakan seorang bekas ahli DAP yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang didakwa menggunakan pusat khidmat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengadakan sidang akhbar.

Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Jason H’ng Mooi Lye mendakwa, calon Bebas berkenaan juga telah menggunakan sumber parti DAP untuk menyerang dan memburukkan pemimpin dan parti tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli DAP untuk terus bersatu dan tidak membuat sebarang tohmahan yang tidak berasas yang boleh memecah-belahkan parti.

Menurut Jason, mana-mana ahli parti DAP yang menyokong dan berkempen untuk calon-calon pihak lawan termasuk calon Bebas dianggap telah menjejaskan kepentingan parti.

“Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dilucutkan keahlian dengan serta-merta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas ADUN Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar daripada DAP dan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Bagan Dalam.

Selain Satees, bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel turut mengumumkan keluar daripada parti itu dan bertanding di kerusi DUN Perai sebagai calon Bebas.

Dalam pada itu, Jason berkata, sejak pengumuman calon DAP yang akan mewakili PH bertanding pada PRN sehingga kini, terdapat beberapa individu telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menyerang pucuk pimpinan DAP.

“Saya selaku Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang ingin menyeru semua ahli DAP agar bersatu padu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan semua calon kita,” katanya.

Tambahnya, bukan mudah untuk pucuk pimpinan membuat setiap keputusan, namun ia adalah penting demi masa depan Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya