PRN: DAP mungkin berdepan undi protes, perlu langkah segera kurang impak Ramasamy keluar parti - Utusan Malaysia

PRN: DAP mungkin berdepan undi protes, perlu langkah segera kurang impak Ramasamy keluar parti

P. SIVAMURUGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: DAP perlu mengambil langkah segera dalam tempoh 48 jam untuk mengurangkan impak yang boleh berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, Dr. P. Ramasamy keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Penganalisis politik, Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, ini kerana DAP mungkin berdepan dengan undi protes daripada penyokong-penyokong Ramasamy.

“Kita tidak boleh nafikan pemimpin yang keluar parti ini ada penyokong mereka, apatah lagi Ramasamy pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri selama tiga penggal.

”Undi protes akan berlaku, cuma DAP negeri perlu segera mencari ramuan untuk mengelak ia berpanjangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar hari ini, Ramasamy mengesahkan keluar daripada parti DAP berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Sebelum ini, M.Satees mengumumkan keluar daripada DAP dan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRN di kerusi DUN Bagan Dalam susulan namanya digugurkan sebagai calon DAP pada PRN kali ini.

Selain Satees, bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel turut mengumumkan keluar daripada parti itu dan bertanding kerusi Perai sebagai calon Bebas.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, beliau melihat DAP masih mampu untuk mengharungi isu tersebut memandangkan parti itu berada bersama gabungan PH-Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, katanya, dalam konteks sokongan pengundi kepada DAP, ia juga lebih kepada parti berbanding kepada personaliti.

”Jadi dalam konteks seperti itu, walaupun ada kesan daripada peletakan jawatan Ramasamy dan juga keluarnya dua pemimpin yang menjadi calon Bebas, saya melihat DAP masih mampu untuk mengharungi isu tersebut.

”BN yang kini berada dalam gabungan PH-BN dapat mengimbangi kelompangan yang ditinggalkan oleh Ramasamy kerana BN mempunyai MIC,” katanya.

Tambahnya, ini kerana walaupun MIC tidak bertanding pada PRN kali ini, tetapi pemimpin mereka menyatakan sokongan kepada calon-calon PH-BN yang bertanding pada PRN dan situasi iti sekurang-kurangnya dapat mengimbangi undi protes yang bakal berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya