PRN: Calon wanita PH-BN mampu menang 100 peratus - Fadhlina - Utusan Malaysia

PRN: Calon wanita PH-BN mampu menang 100 peratus – Fadhlina

Wanita
FADHLINA Sidek beramah mesra dengan peserta program itu di Kampung Harmoni, Ijok, Kuala Selangor malam tadi.- UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Wanita Pakatan Harapan (PH) yakin semua calon wanita gabungan Perpaduan mampu meraih kemenangan 100 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan.

Timbalan Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, terdapat peningkatan sokongan positif dalam kalangan pengundi terhadap calon wanita PH dan Barisan Nasional (BN) ketika ini berikutan kesemua calon dipertaruhkan berpotensi menang meskipun berdepan saingan sengit.

“Semua calon kita yang masuk dalam pilihan raya ini tujuannya untuk menang dan yakin mereka mampu menawan hati pengundi.

“Semua (kerusi ditandingi calon wanita Perpaduan) yang masuk (dalam PRN) di enam negeri mesti menang semua dan tak boleh (kurang daripada itu),” katanya ketika ditemui pada program Ceramah Kelompok PH-BH, malam tadi.

Tambah Fadhlina, aspek persiapan turut menunjukkan bahawa calon wanita yang bertanding sudah cukup bersedia.

“Persiapan jentera amat baik dan kita dapat melihat PH dan BN bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan. Perkembangan ini yang melegakan saya dan InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kita nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya