PRN: Calon 'senior' BN Selangor amal jaga solat, puasa sunat - Utusan Malaysia

PRN: Calon ‘senior’ BN Selangor amal jaga solat, puasa sunat

Calon Jeram
JAHAYA Ibrahim menyantuni anak muda di sekitar DUN Jeram, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sentiasa menjaga solat dan berpuasa sunat dua kali seminggu.

Itu rutin utama calon Barisan Nasional (BN) paling senior di Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang masih bertenaga dan aktif biarpun usianya sudah mencecah 69 tahun.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor itu, dia amat bersyukur kerana masih dikurniakan kudrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Alhamdulillah, tubuh saya masih kuat dan segala urusan dipermudahkan biarpun keluar berkempen dari pagi ke tengah malam.

“Niat saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat selain sentiasa menjaga hubungan dengan Allah menerusi kewajipan solat dan amalan berpuasa sunat,” katanya ketika ditemui.

Jahaya berkata, beliau akan segera mengetengahkan isu prasarana asas di Bandar Puncak Alam sekiranya memenangi kerusi itu esok.

“Hubungan antara negeri dan pusat daripada kerajaan sama lebih mudah bagi cadangan membina balai polis, balai bomba dan klinik kesihatan. Kemudahan itu diperlukan kerana faktor kepadatan penduduk yang kini terpaksa pergi jauh untuk berurusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pergerakan kempen beliau berjalan lancar menerusi kerjasama erat antara jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Harrison Hassan.

“Selain itu, rata-rata penduduk sudah mengenali saya kerana kerap turun padang dan menunaikan solat di sekitar daerah ini. Malah, saya mendapat sokongan jitu Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang bersama memberi semangat supaya lebih kuat bekerja,” jelasnya.

Untuk rekod, kerusi DUN Jeram dimenangi Mohd. Shaid Rosli dari PKR menerusi 7,087 undi dengan menewaskan calon BN, Zahar Azlan Arifin (5,896) dan calon Pas, Mohd. Nor Mohd. Shahar (4,326). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya