PRN: Calon BN teruja sokongan positif pengundi pelbagai kaum di DUN Telok Bahang - Utusan Malaysia

PRN: Calon BN teruja sokongan positif pengundi pelbagai kaum di DUN Telok Bahang

AHMAD ZAKI SHAH Shah Headan bertemu secara bersemuka pengundi-pengundi untuk mendengar suara hati mereka sepanjang kempen PRN di DUN Telok Bahang, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, calon pasukan perpaduan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Bahang, Ahmad Zaki Shah Shah Headan berpuas hati dengan sokongan dan ditunjukkan pengundi.

Ahmad Zaki berkata, sokongan pengundi termasuk daripada masyarakat Cina dan India yang ditemuinya sepanjang berkempen amat menggalakkan dan positif.

”Kali ini kita dapat saksikan sambutan yang positif terhadap calon BN-PH di DUN Telok Bahang, pengundi Cina dan India juga menyambut saya dengan baik ketika bertemu mereka.

”Gabungan BN-PH sebenarnya memberi impak positif sebab sekarang kita dapat sokongan daripada pengundi Melayu, Cina dan India,” katanya di sini hari ini.

Kerusi DUN Telok Bahang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ahmad Zaki Shah yang akan berentap dengan Kolonel (B) Muhamad Kasim, 62, daripada Perikatan Nasional (PN).

AHMAD ZAKI SHAH Shah Headan bertemu secara bersemuka pengundi-pengundi untuk mendengar suara hati mereka sepanjang kempen PRN di DUN Telok Bahang, Pulau Pinang.

Menurut Ahmad Zaki, setakat ini beliau tidak berdepan kesukaran untuk menembusi kawasan-kawasan pengundi Cina dan India dengan bantuan yang diberikan jentera BN-PH.

”Saya mendapat bantuan kempen daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PH dan saya amat berterima kasih kepada jentera-jentera PH-BN yang saling bekerjasama dengan baik pada PRN ini.

”Sasaran saya ialah mahu bersemuka dengan semua pengundi di DUN Telok Bahang sebelum kempen PRN tamat kerana saya mahu beritahu apa yang saya dan parti tawarkan jika diberikan peluang sebagai wakil rakyat,” katanya.

Ahmad Zaki berkata, beliau dan pasukannya juga menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai sasaran pengundi seperti bersemuka, mengedar risalah, ceramah kelompok dan menggunakan media sosial.

”Saya membahagikan pengundi kepada dua kelompok iaitu di bawah 40 tahun dan melepasi usia 40 tahun, ini bagi memudahkan kempen saya sampai kepada sasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN