PRN: BN, PKR Pulau Pinang analisis punca kekalahan calon - Utusan Malaysia

PRN: BN, PKR Pulau Pinang analisis punca kekalahan calon

BARISAN pemimpin PH-BN meraikan kemenangan memenangi PRN-15 Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang malam ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menjalankan analisis punca kekalahan empat calon daripada parti itu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya menerima keputusan pengundi dengan hati terbuka.

”BN tanding enam kerusi dan kita menang dua kerusi, kita terima keputusan dengan hati terbuka.

”Kita akan analisis keputusan dan akan lihat kelemahan, di mana dan kenapa rakyat tolak empat kerusi lagi yang kita tanding,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

BN menang di DUN Bertam dan DUN Sungai Acheh dan tewas empat lagi kerusi DUN yang ditandingi iaitu Telok Bahang; Sungai Dua; Penaga; Permatang Berangan.

Menurut Musa, beliau mewakili BN Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada jentera PH terutama Pengerusi PH, Chow Kon Yeow yang banyak membantu jentera BN.

”Kedua-dua ADUN BN akan menyokong kepimpinan Kon Yeow dalam kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik berkata, calon PKR menang di tujuh kerusi DUN daripada 13 kerusi yang ditandingi pada PRN kali ini.

”Kebanyakan kerusi yang kita kalah adalah di kawasan undi Melayu dan ada satu kerusi campuran kita menang iaitu di DUN Batu Maung.

”Ini satu pengajaran kepada kita, namun kita kena terima keputusan yang dibuat rakyat dan calon-calon pun pelajari apa sebab kekalahan,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihak lawan kali ini juga banyak bermain dengan sentimen dan perkara itu tidak sempat ditangkis oleh calon-calon PKR.

”Sentimen yang dimainkan banyak mempengaruhi orang muda, kita tidak sempat tangkis sentimen tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya