PRN: Black Hanifah muncul di Sungai Air Tawar - Utusan Malaysia

PRN: Black Hanifah muncul di Sungai Air Tawar

Black
BLACK Hanifah dan Rizam Ismail bersama pasukan bola sepak dalam perlawanan persahabatan menentang Gerakan Belia 4B dekat Kampung Dato' Hormat, Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam, Selangor semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Penyanyi popular, Black Hanifah membuat kemunculan dengan menyertai perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukannya menentang Gerakan Belia 4B Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Sungai Air Tawar.

Kemunculan beliau atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 35, dalam masa sama menyantuni penduduk setempat serta sahabatnya yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, Datuk Rizam Ismail.

Jelas Black, dia hanya mahu membantu sebaik mungkin termasuk menemui peminatnya di DUN berkenaan terutama generasi muda.

“Atas populariti yang ada, saya berasa mempunyai hak untuk membantu sahabat (Rizam) yang sedang berkempen ketika ini.

“Biarpun sumbangan saya tidak banyak, ia diharap memberi impak kepada anak muda membuat pilihan secara terbuka dan melunaskan tanggungjawab mengundi nanti,” katanya ketika ditemui di Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar di sini, petang semalam.

Dalam pada itu, Black memberitahu dia setakat ini belum bercadang menyertai arena politik seperti rakan selebriti lain namun lebih kepada menyokong kempen BN.

“Saya sememangnya memilih BN sejak sekian lama kerana bapa juga seorang bekas Ketua Pemuda UMNO sekitar 90-an. Ini kerana saya yakin dengan parti itu dan pertadbirannya selama ini selain faktor Rizam yang amat membantu rakyat di DUN ini,” ujarnya.

Tambah beliau, sokongan kepada BN merupakan keputusannya sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya