PRN: Anwar selesai mengundi bagi DUN Permatang Pasir - Utusan Malaysia

PRN: Anwar selesai mengundi bagi DUN Permatang Pasir

ANWAR Ibrahim bersama isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika mengundi bagi kerusi DUN Permatang Pasir di SK Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, Anwar yang memakai kemeja berwarna biru tiba di pusat mengundi itu kira-kira pukul 9.33 pagi bersama-sama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengenakan baju kurung berwarna merah dan putih yang turut mengundi di pusat pengundian sama.

Turut mengiringi beliau ialah calon gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir daripada Parti Amanah Rakyat (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.

Selepas proses pengundian selesai kira-kira pukul 9.40 pagi, Anwar turut berkesempatan beramah mesra dengan pengundi lain yang sedang menunggu giliran untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi masing-masing.

Anwar kemudiannya beredar meninggalkan pusat pengundian kira-kira pukul 9.45 pagi dan difahamkan terus pulang ke ibu negara.

DUN Permatang Pasir yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Muhammad Faiz yang akan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim dengan seramai 30,464 pemilih berdaftar.

Muhammad Faiz kali ini akan mempertahankan DUN itu yang dimenanginya dengan majoriti 2,981 undi dalam persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang memperoleh 9,708 undi ketika itu menewaskan calon Pas, Muhammad Fauzi Yussof yang mendapat 6,727 undi serta calon BN, Anuar Faisal Yahaya (4,979 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya