PRN: Anwar minta pengundi Melayu sokong calon PH-BN - Utusan Malaysia

PRN: Anwar minta pengundi Melayu sokong calon PH-BN

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan rakyat ketika turun bertemu pengundi di sebuah kedai makan di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Melayu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, PH-BN ketika ini sudah mendapat jaminan undi daripada masyarakat Cina, justeru memerlukan sokongan undi Melayu untuk memastikan kemenangan kepada calon gabungan tersebut.

“Saya minta kali ini, saya nak kawasan Melayu terutamanya, beri sokongan kepada calon-calon kita, PH dan BN. Boleh tak?

“Pengundi Cina nampak teratur dan terjamin. Insya-Allah ini amanah yang kita akan pikul untuk membela nasib rakyat,” katanya ketika berucap pada program bertemu rakyat di sebuah kedai makan di Sungai Pinang, di sini hari ini.

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan rakyat ketika turun bertemu pengundi di sebuah kedai makan di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. – Pic: IQBAL HAMDAN

Selain bertemu rakyat di kawasan Balik Pulau, Anwar turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Qaryah Kampung Perlis, di sini.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan soal selidik yang dilaporkan sebuah portal berita kononnya hanya 24 peratus orang Melayu menyokong beliau, Anwar bagaimanapun menyifatkannya sebagai cacat atau tidak berasas (flaw).

Menurut Anwar, kaji selidik itu mungkin hanya mengambil kira pandangan penduduk Kelantan dan tidak memasukkan penduduk Selangor.

“Di negeri-negeri yang dikuasai kita (PH), prestasi kita sangat baik. Saya sangat optimistik (dengan sokongan Melayu,” katanya.

Laporan portal berita itu memetik kajian yang dilakukan sebuah badan bebas melibatkan seramai 2,416 responden di Kelantan; Terengganu; Kedah; Negeri Sembilan; Selangor dan Pulau Pinang yang dijalankan bulan lalu.

Kaji selidik itu mencadangkan hanya satu daripada empat orang Melayu di negeri yang mengadakan pilihan raya esok, berpuas hati dengan prestasi Anwar sebagai Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya