PRN: 94 laporan berkaitan salah guna kad pengenalan

PRN: 94 laporan berkaitan salah guna kad pengenalan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tertinggi kesalahan itu di Selangor sebanyak 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah serta Terengganu.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka membabitkan 181 laporan yang diterima pada hari pengundian semalam.

“Antara kesalahan dilaporkan membabitkan salah guna kad pengenalan disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKP) 1958, menghalang penjawat awam, khianat bendera, dan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya