PRN: 10 tahun 'derita' tanpa bekalan air bersih di DUN Kemahang

PRN: 10 tahun ‘derita’ tanpa bekalan air bersih di DUN Kemahang

NIK Mustapa Mohd. Bukhari menunjukkan telaga yang menjadi sumber utama bekalan air di Kampung Batu 5 1/2, Kemahang, Tanah Merah, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Penduduk di Batu 5 1/2 Jalan Bendang Nyior dan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang di sini mendakwa sudah 10 tahun mereka ‘menderita’ apabila terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan air bersih.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kira-kira 20 rumah masih di kawasan tersebut masih lagi menggunakan sumber air dari perigi dan telaga tiub bukan sahaja keruh malah berkarat.

Bukan itu sahaja, beberapa kampung sekitar seperti Bukit Kuin, Batu 6, Batu 4 dan Bechah Laut berdepan masalah tekanan air rendah  yang menyebabkan mereka terpaksa mencatu bekalan selain berjaga lewat malam.

Seorang penduduk, Mohd. Ridzuan Samat , 45, berkata, susulan itu dia terpaksa menggunakan air telaga tiub yang keruh dan berkarat kerana tiada kemudahan bekalan air bersih disediakan.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan penduduk sering berdepan ‘tekanan’ setiap kali air dari telaga tiub yang digali kering.

“Kampung saya ini berada di kawasan berbukit, jadi cepat kering. Acap kali terjadi semasa sedang membasuh pakaian, air kering secara tiba.

“Lebih memeritkan lagi apabila musim kemarau, saya terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli air tapis untuk kegunaan harian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Ridzuan memberitahu, sudah tiba masanya penduduk di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang mengubah angin dengan menukar wakil rakyat sedia ada sebagai salah satu usaha menyelesaikan masalah itu.

Katanya, jika kepimpinan sedia ada dikekalkan dia menjangkakan masalah itu akan tersebut berlarutan.

Seorang lagi penduduk, Nik Mustapa Mohd. Bukhari, 55, memberitahu, dia sudah buntu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di rumahnya.

Katanya, dia berharap masalah air ini dijadikan keutamaan kepada calon yang memenangi PRN pada 12 Ogos nanti.

“Saya berharap ia dapat diselesaikan segera memandangkan sudah lebih 10 tahun menanggung azab tiada bekalan air bersih sejak menetap di sini.

“Walaupun, kerja-kerja pembinaan paip untuk membekalkan air bersih ke kampung ini sedang dilakukan namun saya tidak pasti bila ia akan siap sepenuhnya,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya